FORUM THAQOFAH
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
Go to bottom
TOPIC: Pulau Sipadan, Sabah
#32
mzakiy (Moderator)
Administrator
Posts: 28
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Pulau Sipadan, Sabah 9 Months, 3 Weeks ago Karma: 0
Sumber: travelto.malaysia

Jika anda ingin menerokai keindahan dan misteri yang menanti di dasar lautan, salah satu destinasi pelancongan terhebat untuk anda terokai adalah Pulau Sipadan. Terletak di luar persisiran pantai Pulau Borneo, Malaysia, Pulau Sipadan adalah salah satu daripada gugusan kepulauan di Sabah, Malaysia. Terletak di perairan Laut Celebes, pulau tersebut merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan laut yang menakjubkan.

Kawasan Diving Terbaik di Dunia?

Pulau Sipadan seringkali disebut sebagai lokasi terbaik di dunia untuk aktiviti scuba diving, dan mereka yang telah menerokai sendiri perairan pulau tersebut pastinya tidak sekali-kali akan menyangkalnya. Di dasar lautan, anda dapat melihat dengan lebih dekat kedua-dua batu karang yang keras dan juga batu karang lembut - serta pelbagai jenis hidupan laut yang tidak terkira bilangannya - yang menjadikan celah-celah batu karang tersebut sebagai habitat mereka.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk berenang bersebelahan dengan penyu hijau yang semakin pupus dan juga jerung white tip reef, serta melihat lebih daripada 3,000 jenis hidupan laut yang lain. Sungguh mengujakan! Sebilangan diver yang bertuah mungkin berkesempatan menyaksikan sendiri secara live jerung hammerhead berenang berdekatan! Bagi diver yang mempunyai pengalaman luas, penjelajahan ke dalam gua granit dasar laut semestinya akan memberikan satu cabaran yang mengasyikkan kepada mereka.

Barracuda Point Yang Terkenal

Beberapa dive spot boleh dikunjungi di luar perairan Pulau Sipadan, tetapi salah satu lokasi yang terkenal adalah Barracuda Point. Kawasan itu diberi jolokan sedemikian kerana kekerapan diver terserempak dengan sekumpulan barracuda berenang di situ. Ikan pari dan jerung paus juga seringkali dapat dilihat di kawasan tersebut dan beberapa lokasi dive yang lain.

Aktiviti diving di Pulau Sipadan sememangnya sangat popular, namun hanya 120 dive sahaja dibenarkan dalam masa sehari yang dijalankan di sembilan dive spots di sekeliling pulau tersebut. Ini bermaksud, jika anda ingin menerokai dan menikmati keindahan dasar lautan Pulau Sipadan, anda perlu memulakan hari anda dengan lebih awal.

Pulau yang di Lindungi


Walaupun pantai Pulau Sipadan yang tidak diusik kelihatan sangat menarik - dan kehadiran biawak monitor yang berkeliaran berkemungkinan tidak akan mengganggu anda dari beristirehat di tepian pantai, pulau tersebut tidak dibuka kepada pelancong. Pada tahun 2004, kerajaan telah menutup kesemua pusat peranginan di situ dengan niat untuk memelihara hidupan liar dan sistem ekologi pulau tersebut. Namun begitu, pihak kerajaan memberikan kebenaran kepada para peminat scuba diving (dan snorkerling) untuk meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut memandangkan pulau itu sangat diminati dan menjadi tarikan utama oleh golongan tersebut.

Dengan kata lain, anda mungkin tidak dapat menikmati keseluruhan pulau tersebut semaksimanya, tetapi pulau tersebut akan terus terpelihara agar peminat-peminat aktiviti diving dapat mengunjung dan menghayati keindahannya di masa hadapan.

Perjalanan ke Pulau Sipadan


Jika anda ingin melakukan aktiviti diving atau snorkeling di luar perairan Pulau Sipadan, anda dapat menaiki bot-bot dari pusat peranginan berdekatan ke kebanyakkan pulau-pulau yang berhampiran: Pulau Kapalai (perjalanan kira-kira 15 minit menaiki bot), Pulau Mabul (perjalanan kira-kira 20 minit menaiki bot), atau Pulau Makating (perjalanan kira-kira 60 minit menaiki bot).

Anda juga boleh menaiki bot dari Semporna, sebuah pekan pelabuhan di Borneo, ke Sipadan atau lain-lain kepulauan di Sabah. Cara terbaik untuk ke Semporna adalah dengan menaiki pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dari Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu, kemudian mengambil teksi ke pelabuhan tersebut. Perjalanan darat menaiki teksi selalunya mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam.
 
Logged Logged
 
Last Edit: 2009/11/19 20:55 By mzakiy.
  The administrator has disabled public write access.
Go to top