Holograf Klasik Dari Nagasaki

E-mail Print PDF
( 1 Vote )

Sumber: Utusan Malaysia - Sastera

Oleh Zulfazlan Jumrah

TUAN yakin ia holograf yang asli?” pertanyaan Dr. Humaira menyerpihkan kesepian yang memenuhi ruang bilik berhawa dingin itu lebih tiga minit yang lalu.

Di atas meja kayu jati bervarnis coklat cair, jam bandul besi buatan Itali yang setia berayun sejak tiga tahun lalu tidak sedikit pun menarik perhatian Profesor Junichi Inamoto dan Dr. Sonoko Megure yang sememangnya sedari tadi menantikan reaksi spontan daripada Dr. Humaira.

 

Ramadan tercemar di selatan Thailand

E-mail Print PDF
( 0 Votes )

Sumber: Utusan Malaysia

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

http://www.trekthailand.net/p4/map.jpgSEHARUSNYA di bulan Ramadan ini, umat Islam di selatan Thailand dibenarkan menjalani ibadah dengan tenang. Mereka perlu diberi laluan untuk membeli-belah bagi persiapan berbuka tanpa perlu dibelenggu kekhuatiran.

Tetapi malangnya, semua itu hanya menjadi impian. Umat Islam di wilayah selatan itu 'dipaksa' menyambut Ramadan dalam ketakutan. Ke mana sahaja mereka pergi, maut seolah-olah memburu. Ada antara mereka mati dalam serangan bom dan ada pula yang mati ditembak oleh 'puak pemisah'.

 

Mereka Berjuang Untuk Hidup

E-mail Print PDF
( 1 Vote )

Sumber: Farid Rashidi

Penghantar Makanan

“Enta rah fin, Awiz eh?” Tanya saya kepada seorang budak lelaki arab yang sedang berada di hadapan pintu rumah jiran saya. Beliau kelihatan membawa sesuatu di dalam bungkusan berbalut kemas.

 

Masih Tentang Cinta

E-mail Print PDF
( 3 Votes )

Sumber: Ketika Usia Dewasa

Cinta Kopi Masin

Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

 

Komen Terbaru