Surah Al-Fatihah
Sat - 07 Feb
Written by Madinah
Allah SWT telah mengajarkan kita bahawa setiap manusia berbeza-beza pada kemampuan akal fikiran. Kadang - kadang di kalangan orang muslimin sendiri terdapat perbezaan iaitu orang yang alim dan yang jahil. Kadang - kadang di antara mereka itu ada yang mampu untuk menyampaikan dan bagi sesiapa yang tidak mampu hanya menjadikan 'ibrah (pengajaran) pada diri mereka sahaja. Maka ilmu pengetahuan yang dimiliki itu menjadi rahmat Allah dalam ibadahnya.