SHEIKH MUHAMMAD SAYYID TANTAWI

E-mail Print PDF
( 2 Votes )

MUBARAK MENGKHABARKAN PEMERGIAN SHEIKHUL AZHAR KEPADA MESIR DAN DUNIA ISLAM

Kelmarin tanggal 10 Mac 2010 Mesir dan Dunia Islam kehilangan seorang ulama' yang sangat penting. Beliau adalah Al-Imam Al-Akbar Doktor Muhammad Sayyid Tantawi merupakan Sheikh Al-Azhar, umurnya mencecah 82 tahun pada waktu pemergiannya, ketika lawatan khusus jangka pendek ke Arab Saudi.
Melalui Pejabat Kepimpinan mengeluarkan kenyataan, dalam kenyataan tersebut Presiden Husni Mubarak mengkhabarkan tentang
Beliau yang merupakan seorang cendiakawan berwibawa dikalangan cendiakawan-cendiakawan Islam, bahkan Beliau juga salah seorang dari kalangan pembela-pembela Islam terhadap pendirian serta bermurah hati dalam menyampaikan ilmu. Kenyataan tersebut: Presiden Mubarak merasakan seorang yang mulia pergi berada di sisi Allah serta memohon agar Allah melimpahkan rahmat dan mengurniakan kebaikan dengan ganjaran dari segi Islam serta Muslimin.

Beliau meninggal pada pagi kelmarin - 10 Mac 2010 - disebabkan serangan jantung, selepas Beliau rebah secara tiba-tiba di  lapangan terbang Riyadh. Arahan dikeluarkan oleh Pemerintah tanah Riyadh iaitu Salman Abdul Aziz, supaya memindahkan Beliau dengan kapal terbang untuk rawatan di Hospital Tentera di Riyadh. dimana kematiannya seperti yang telah ditetapkan. Jasad Beliau disemadikan di tanah perkuburan Baqi', Madinah Munawwarah. Selepas 'Isya', solat jenazah ke atasnya dilakukan di dalam Masjid Nabawi As-Syariff.

Berkata kedutaan Mesir di Riyadh Mahmud 'Auf: Jasad Al-Imam Al-Akbar diterbangkan dengan pesawat peribadi dari Riyadh ke Madinah Munawwarah. Orang yang bertanggung jawab memberikan penghormatan yang seluas-luasnya dengan bersemadi jasadnya di Baqi' sepertimana yang telah disepakati oleh ahli keluarga Beliau.

Sayyid Ahmad Tantawi - Putera Beliau - bapanya tidak meninggalkan wasiat dalam menentukan dimana jasadnya perlu dikebumikan,
Dia berkata: Sesungguhnya kami merasakan bahawa pengkebumian Ayah di tanah perkuburan Baqi' adalah pilihan Allah serta tiada bangkangan Ayah dikebumikan disitu. Tambahan pula keluarga yang kuat pegangan kerana ketabahan, kesabaran serta kuat dalam pegangan apabila berlaku bencana, Ayah yang sangat-sangat mengambil berat dalam hal ini ketika kami masih kecil lagi.

Al-Azhar dalam menyebut tentang Sheikh Al-Akbar bahawa Beliau yang keadaannya merupakan seorang yang alim serta faqih, ikhlas dalam pekerjaan dan ilmunya, dan apa yang dilakukan olehnya hanyalah untuk kebaikan untuk Islam bahkan Muslimin.

Kenyataan yang menggemparkan kelmarin tehadap Mashikhah Al-Azhar, bahawa ulama'-ulama', profesor-profesor, pelajar-pelajar dan pekerja Al-Azhar mengetahui dengan kelebihan Al-Imam Al-Akbar dalam membangunkan Al-Azhar serta memajukan dengan tahap keilmuan dan keagamaan.

Mashikhah Al-Azhar akan mengadakan malam takziah pada petang esok - Jumaat, 12 Mac 2010 - di Masjid Umar Makram di Kaherah bagi memberikan takziah daripada anak-anak tempatan Mesir dan orang-rang Arab dan Islam yang ingin menghadiri majlis tersebut. - Al-Ahram

Sumber: Al-Ahram

 

Add comment


Security code
Refresh

Komen Terbaru